Saturday, December 25, 2010

Pertanian Sawah Padi di Malaysia

Tanaman padi di Malaysia merupakan tanaman utama memandangkan padi ialah makanan asasi masyarakat di rantau ini.




Di Malaysia, dua jenis padi telah diusahakan iaitu padi sawah dan padi huma (bukit). Padi sawah ditanam di kawasan rendah dan di lembah-lembah sungai yang subur dengan tanah aluvium. Negeri-negeri yang terkenal dalam penanaman padi sawah di Tanah Melayu ialah Kedah, Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Antara negeri ini, Kedah merupakan negeri yang terkenal sebagai jelapang padi negara kita. Menjelang abad ke-18, dataran Perlis dan Seberang Perai juga turut menjadi kawasan penanaman padi yang utama. Penanaman padi sawah ini berkembang dengan pesat adalah dipengaruhi oleh sistem pengairan yang digunakan sejak abad ke-19.
Berbanding dengan penanaman padi sawah, padi huma ditanam secara berpindah-randah setiap kali penanaman dijalankan kerana kesuburan tanah telah hilang atau berkurangan. Biasanya, padi huma ditanam di kawasan yang bergunung-ganang. Sebagai contoh, suku kaum Dusun dari Murut di Sabah dan Sarawak yang tinggal di kawasan pedalaman melakukan kegiatan penanaman padi huma.

No comments:

Post a Comment

Post a Comment